1. OBJEKTIF
Prosedur ini bertujuan untuk memastikan pengurusan
panitia diurus dengan terancang dan berkesan supaya Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP)
atau Gred Purata Sekolah (GPS) bagi peperiksaan awam / peperiksaan pertengahan
tahun / peperiksaan akhir tahun meningkat 0.01 atau mencapai Gred Purata
Sekolah (GPS) minimum seperti berikut:-
1.1
UPSR : 2.00
1.2
SPM :
5.00
1.3
STPM :
2.50
2. SKOP
Prosedur ini meliputi semua aktiviti panitia
yang berkaitan dengan pengurusan Pembelajaran dan Pengajaran bagi setiap mata pelajaran.
3. RUJUKAN
3.1
Manual Kualiti;
3.2
Pengurusan Pembelajaran dan Pengajaran;
3.3
Pengurusan Pencerapan;
3.4
Pengurusan Peperiksaan;
3.5
Surat Pekeliling Ikhtisas 4/1986 – Pengurusan
Panitia Mata Pelajaran;
3.6
Surat Pekeliling Ikhtisas 3/1999 – Penyediaan Rekod Pembelajaran
dan Pengajaran;
3.7
Surat Pekeliling Ikhtisas SPI Bil 11/2002 dan SPI
Bil 5/2003;
3.8
Manual Pengurusan Strategi Headcount Akademik
Sekolah-sekolah;
4.
DEFINISI
Sila rujuk Definisi Singkatan Perkataan
(Manual SPSK)
4.1 Panitia
Mata Pelajaran
4.2 JKS
|
:
:
|
Jawatankuasa yang terdiri daripada guru-guru
yang mengajar mata pelajaran yang sama;
Jawatankuasa Kurikulum Sekolah yang terdiri
daripada Pengetua / Guru Besar, Guru-Guru Penolong Kanan, Guru Kanan Mata
Pelajaran, Setiausaha Kurikulum, Ketua-ketua Panitia, AJK Jadual Waktu, Guru
PSS, Guru SPBT, Setiausaha Peperiksaan, Penyelaras Aliran, Guru Cemerlang
(jika ada), Guru Pendidikan Khas (jika ada), Guru Pemulihan Khas dan Guru
Bimbingan dan Kaunseling Sekolah. Jawatankuasa ini menyelaras Huraian Sukatan
Pelajaran, Rancangan Pelajaran Tahunan, Rancangan Pelajaran Harian, Standard
Kandungan dan Standard Pembelajaran serta
program-program peningkatan prestasi kurikulum / akademik.
|
5. TANGGUNGJAWAB DAN TINDAKAN
TANGGUNGJAWAB
|
TINDAKAN
|
RUJUKAN
|
P/GB
P/GB
GPK
KP
GKMP/KP
AJK
KP/KPT/PT
SU Panitia
|
5.1 Melantik
AJK Kurikulum dan Ketua Panitia bagi semua mata pelajaran;
5.2 Mengendalikan
Mesyuarat JKKS sekurang-kurangnya 2 kali setahun;
5.3 Memastikan
tindakan 5.1 dan 5.2 dijalankan;
5.4 Menjalankan
mesyuarat Jawatankuasa Panitia mata pelajaran sekurang-kurangnya 4 kali
setahun;
5.5 Memastikan
perkara-perkara berikut disediakan:-
a.
Sukatan Pelajaran dan HSP terkini;
b.
Rancangan Pelajaran Tahunan;
c.
Standard Kandungan (KSSR);
d.
Standard Pembelajaran (KSSR);
e.
Rekod Pengesanan 100% Sukatan Pelajaran;
f.
Anggaran Belanja Mengurus panitia tahun
semasa berdasarkan peruntukan kewangan
bagi pembelian bahan bantu mengajar dan program / aktiviti panitia;
g.
Program Akademik Negeri semasa (mengikut
perubahan dari masa ke semasa).
5.6 Menjalankan
aktiviti/program yang diputuskan di dalam mesyuarat dan menyediakan laporan pelaksanaan program;
5.7 Menerima,
menyemak perolehan, merekod dalam buku stok atau inventori dengan kemaskini
dari masa ke semasa;
5.8 Memastikan
kategori dan kandungan fail panitia berdasarkan SPI Bil 4/89 dipatuhi;
5.9
Sekiranya terdapat langkah-langkah yang tidak mematuhi spesifikasi,
ambil tindakan pembetulan merujuk kepada Pengurusan Kawalan Perkhidmatan Yang
Tidak Akur.
|
Takwim Pengurusan Sekolah /
Surat Lantikan
Minit Mesyuarat JKKS
SPI Bil 4/86
Minit Mesyuarat Takwim Sekolah
Dokumen a hingga e
Rekod Pengesanan
100% Sukatan Pelajaran
Minit Mesyuarat
JKKewS
Pelan Tindakan & Operasi Panitia
Format Laporan Program
Inventori
Kew PA 3. Harta Modal / Kew PA 2
Senarai Semak Fail Panitia
|
6. REKOD KUALITI
BIL
|
JENIS REKOD
|
TEMPOH
|
LOKASI
|
1.
|
Fail
Panitia
|
3 tahun
|
Bilik Penyimpanan Fail
|
2.
|
Buku Stok
atau Inventori
|
3 tahun
|
Bilik Penyimpanan Fail
|
3.
|
Laporan
Pelaksanaan Program
|
3 tahun
|
Bilik Penyimpanan Fail
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas ulasan anda.