Isnin, 8 Oktober 2012
Kursus PrOD Fasa 1 , JPN Pahang
Gambar 1 : Peserta Kursus PrOD Fasa 1, JPN Pahang terdiri daripada Ketua Sektor JPNP, Pegawai Pelajaran Daerah seluruh Pahang, dan Penolong PPD.
Rabu, 3 Oktober 2012
Kualiti Kecemerlangan
Video 1 : Pegawai Pelajaran Daerah Maran, Encik Baharum bin Hj Samat, mengupas maksud kecemerlangan.
Kualiti menjana kecemerlangan. Kecemerlangan memberi impak kepada pencapaian, kehendak pelanggan dan kualiti kerja serta produktiviti.
Selasa, 2 Oktober 2012
Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Pendidikan Daerah Maran 2012
Majlis APC ini telah dilaksanakan pada 15 September 2012 di Dewan Seminar, PPD Maran. Ianya telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang, Encik Rusdi bin Ismail. Seramai 200 orang guru dan staf sokongan telah dianugerah Sijil Kecemerlangan.
Pelancaran Amalan 5S Peringkat PPD Maran
Gambar 1 : En Jasmi sedang memberikan taklimat 5S
Gambar 2 : Tuan PPD Maran, Encik Baharum bin Hj. Samat sedang memotong riben, gimik pelancaran Amalan 5S PPD Maran.
Gambar 3 : Bergambar bersama dalam pelancaran Amalan 5S PPD Maran
Amalan 5S antara aktiviti Unit Pengurusan Kualiti (UPQ) yang perlu dilaksanakan bagi memantapkan kualiti pengurusan organisasi PPD. Taklimat diberikan kepada semua staf dan pegawai bagi mendapatkan pengetahuan, kaedah dan amalan 5S. UPQ sendiri telah mengeluarkan Garis Panduan Perlaksanaan 5S di PPD Maran kepada semua stafnya.Pelancaran Amalan 5S telah disempurnakan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Maran, Encik Baharum bin Hj Samat pada 30 April 2012 disaksikan oleh Guru Besar-Guru Besar Daerah Maran, para pegawai dan staf PPD Maran. Semoga amalan 5S menjadi budaya kepada gerakkerja warga PPD Maran.
Pemantauan PrOD ke SK LKTP Sungai NereK, Maran
Gambar 1 : Bergambar bersama kepimpinan sekolah
Gambar 2 : Perubahan kepada hala tuju kepimpinan.
Lawatan Pemantauan ini telah diadakan pada 30 Ogos 2012 bagi tujuan bimbingan perlaksanaan PrOD di sekolah berkenaan. Timbalan PPD Maran, Tuan Haji Mohd Rodzik bin Abd Razak bersama En Mohd Jasmi bin Jaafar, Unit Kualiti PPD Maran, telah bersama melawat sekolah ini. Guru Besar SK LKTP Sg. Nerek, Pn Zaiton bt. Sidin memberi kerjasama sepenuhnya kepada bimbingan tersebut. Kepimpinan dan pengurusan sekolah menjadi agenda utama perbincangan. Pn Zaiton banyak menggerakkan pengurusan sekolah dengan membentuk pasukan yang mampu merubah budaya kerja dan kepimpinan sekolah. Jika pada awal dulu, warga sekolah masih keliru dengan visi dan misi, kini ianya telah berubah malah mempunyai hala tuju yang mantap dan mampu dicapai. Visi dan misi sekolah, Piagam Pelanggan dan Halatuju sekolah dipaparkan dan diketahui oleh warga sekolah.
Gambar 3 : Papan Visi yang dipamerkan di bangunan sekolah.
Lanskap kepimpinan sekolah nampak mengalami perubahan. Guru-guru, staf dan para pelajar mula menilai dan memahami kehendak perubahan yang diasaskan oleh kepimpinan sekolah. Ianya seharusnya dapat dikongsi dan digerakkan bersama. Kita mengharapkan momentum budaya kepimpinan yang cemerlang akan terus digerakkan di sekolah ini. Beberapa penambahbaikan juga perlu dilaksanakan dalam memastikan kepimpinan yang ada sentiasa dinilai dan dimantapkan. Komitmen semua pihak termasuk peranan PIBG juga perlu dipertingkatkan. Tahniah kepada semua guru yang banyak memberi pengorbanan dan sokongan.
Program Melonjakkan Kecemerlangan Sekolah Melalui Pembangunan Organisasi (PrOD)
Dalam situasi serba mencabar ini, institusi pendidikan diamanahkan dengan gagasan besar transformasi negara dal pelbagai perubahan dasar Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Masyarakat pula mengangap isnstitusi pendidikan sebagai agen perubahan yang penting, maka setiap organisasi dalam sistem pendidikan kebangsaan memerlukan pemimpin yang bukan sahaja memiliki impian dan bijak mengungkapnya, tetapi pemimpin yang mampu menyuntik inspirasi ke dalam jiwa pengikutnya ke arah pencapaian dan penyempurnaan matlamat organisasinya.
Justeru itu, sekolah hari ini memerlukan kehadiran pemimpin yang mata akal dan mata hatinya bukan sahaja melihat ke ufuk matlamat yang lebih jauh dan lebih besar. Trend kepimpinan perlu berubah supaya matlamat organisasinya mengikut keperluan dasar dan kehendak pemegang amanah. Sesebuah organisasi yang ingin terus berjaya perlu memikirkan cara untuk melestarikan kecemerlangan serta membina modal insan yang mampu berkhidmat dengan cemerlang menerusi prinsip kerja X-PLUS, (X) Cemerlang, (P) Pengetahuan, (L) Latihan, (U) Usaha dan (S) Semangat sepasukan. (ABD. Ghafar bin Mahmud, 2011)
Justeru itu, sekolah hari ini memerlukan kehadiran pemimpin yang mata akal dan mata hatinya bukan sahaja melihat ke ufuk matlamat yang lebih jauh dan lebih besar. Trend kepimpinan perlu berubah supaya matlamat organisasinya mengikut keperluan dasar dan kehendak pemegang amanah. Sesebuah organisasi yang ingin terus berjaya perlu memikirkan cara untuk melestarikan kecemerlangan serta membina modal insan yang mampu berkhidmat dengan cemerlang menerusi prinsip kerja X-PLUS, (X) Cemerlang, (P) Pengetahuan, (L) Latihan, (U) Usaha dan (S) Semangat sepasukan. (ABD. Ghafar bin Mahmud, 2011)
Proses bimbingan PrOD membantu pembangunan organisasi sekolah dari aspek kepimpinan, pengurusan dan P&P.
Langgan:
Catatan (Atom)
-
1. Merekod surat masuk dan surat keluar: Kandungan di dalam fail hendaklah didaftarkan ke dalam kertas minit bagi tujuan kawalan pada perin...
-
Contoh Cap Kertas Minit yang boleh digunakan untuk pengurusan fail pejabat. Contoh menulis pada kertas minit. Merah untuk SURAT...
-
PENGURUSAN DOKUMEN 1. Fail-fail aktif/diari/ organizer disusun dengan kemas dan teratur pada setiap masa. 2. Fail disusun mengikut...