Isnin, 15 Oktober 2012

Prinsip Sistem Fail

( a ) Tidak banyak menggunakan ruang , fail berkulit nipis lebih baik daripada kulit  .                 
( b )  Mudah disediakan dan disimpan .
( c )  Murah dan mudah didapati .
( d )  Cara yang mudah diperluas dan dipakai berterusan .
( e )  Rekod mudah dicari apabila diperlukan ( tanpa buang masa yang banyak ) .
( f )  Rujukan Tambahan ( maklumat berkaitan dimasukkan  ke dalam fail berkaitan).
( g ) Beri tanda ( art guides ) bila dikeluarkan 


Taklimat Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, PPD Maran

Gambar 1 : En Baharum sedang meyampaikan taklimat PPPM kepada pegawai dan staf sokongannya.

Satu taklimat berkaitan Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2015 telah diadakan pada 13 Oktober 2012 di PPD Maran. Taklimat ini telah disampaikan oleh Encik Baharum bin Hj Samat (Pegawai Pelajaran Daerah Maran), Encik Mohd Bakri bin Abd Malek (Penolong PPDM) dan Encik Zulkipli bin Basah (Penolong PPDM). Taklimat telah dihadiri oleh semua pegawai dan staf sokongan PPD Maran.
     Perincian PPPM ini telah diperincikan bagi memberi penerangan kepada semua pegawai dan staf akan hala tuju pendidikan negara. Ia juga menjadikan peranan semua pegawai dan staf PPD yang lebih mencabar dan berkesan pada masa akan datang.

Ahad, 14 Oktober 2012

Selamat Bersara Pengarah Pelajaran Pahang, Encik Yahya bin Zainal Abidin.

 Gambar 1: En Baharum bin Hj Samat menerima deklarasi Biram daripada Pengarah Pelajaran Pahang, Encik Yahya bin Zainal Abidin


Gambar 2 : Penyerahan tugas Pengarah Pelajaran Pahang kepada Pemangkunya, Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang, Encik Rusdi bin Ismail.
 
Gambar 3 : Encik Yahya bin Zainal Abidin menekan alat perakam waktu, simbolik kepada persaraan beliau.
Gambar 4 : Pemeriksaan unit uniform Kadet Polis.
 

 

 

Laporan Awal Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025



 
Dapatkan maklumat penuh PPPM di halaman MUAT TURUN.

Selasa, 9 Oktober 2012

Sekitar Majlis Mesra Anak Yatim Sekolah-sekolah Menengah dan Rendah Dalam Parlimen Maran 2012

Majlis ini telah berlangsung pada 5 Oktober 2012 di Dewan Jubli Perak, Sultan Haji Ahmad Shah, dengan kehadiran Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, YB Dr. Mohd Puad bin Zarkashi, PIS.     
 
        Seramai 942 orang anak yatim menerima sumbangan daripada Ahli Parlimen Maran, terdiri daripada 363 orang anak yatim dari sekolah rendah, 540 orang anak yatim dari sekolah menengah dan selebihnya dari sekolah menengah agama bantuan negeri. Tahniah di atas kecemerlangan majlis tersebut.
 
Gambar 1 : YB. Dr. Mohd Puad bin Zakarshi, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim Parlimen Maran.

Kursus PrOD Fasa 3, JPN Pahang

Gambar 1 : Peserta Kursus PrOD Fasa 3, bergambar kenang-kenangan bersama En Rusdi bin Ismail, Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang.