Rabu, 23 Jun 2021

Setahun sebagai Guru Besar SK Ulu luit


 Salam Sejahtera semua.

Setahun telah berlalu, Banyak ujian dan cabaran saya di SK Ulu Luit. Cabaran yang paling besar ialah pandemik Covid19 yang masih belum selesai sejak Mac 2020. Persekolahan terganggu dan banyak PDPR yang terpaksa dijalankan. Setahun juga tiada perhimpunan di sekolah. GB masih tidak kenal sepenuhnya anak murid. Rasa kecewa sangat.

Awal tahun 2021 pula, SK Ulu Luit menerima musibah banjir. Ianya adalah banjir paling teruk di Luit. Banyak alatan, kelas dan kemudahan rosak. Satu tamparan besar buat GB. Namun bersyukur di atas keprihatinan dan pertolongan daripada pelbagai pihak. Sehingga kini, tidak berhenti sumbangan disalurkan. sumbangan yang paling besar ialah kepada murid-murid yang ditimpa banjir. Kami juga berharap, banyak pihak lagi datang membantu. Ini adalah kerana Luit merupakan paling ramai golongan B40 dan asnaf.

Cabaran dalam kepimpinan juga hebat. Perlu ditangani dengan muafakat dan tolak ansur. Alhamdulillah, GB mempunyai barisan GPK serta guru-guru yang cakna dan komitmen tinggi. Kesatuan dan kerjasama sepasukan amat diharapkan. Banyak kemajuan dan perubahan yang berlaku membuktikan kerjasama dan kesepaduan semua.

Selasa, 30 Jun 2020

Kepimpinan perubahan

Sebagai leader dalam organisasi, kita perlu menerajui kepimpinan,perlu menggerakkan seluruh keupayaan yang ada. Anda beruntung jika Senior Leader Team (SLT) dan Middle Leader Team (MLT), bekerjasama dan memainkan peranan masing-masing secara cekap dan berkesan. Pasukan kerja yang mantap membantu keupayaan penyampaian hala tuju organisasi.
3 minggu di SKUL, GB rasa semakin teruja dan berterima kasih atas komitmen dan sokongan semua. GPK yang menyokong, guru2 yang komited, staf yang membantu, pekerja yang rajin, dan komuniti yang mula menyantuni. Keceriaan sekolah menjadi agenda utama dalam transformasi landskap sekolah dan menarik motivasi semua. Terima kasih semua yang membantu.
Transformasi sistem dan pembudayaan ICT yang menjadi hasrat GB di sambut dengan kesungguhan. Maka lahirlah pelbagai inovasi dan KIK. Bermula laman web, penggunaan google meet, form dan classrome.. kini ditambah dengan penggunaan QR Code. Semua guru, staf dan murid mempunyai QR code masing2 yang akan dikumpul data keberadaan dan kehadiran.
Dalam mendepani cabaran pembukaan sekolah dan SOP keselamatan.. semua guru dan staf cukup bekerjasama dan berganding bahu melaksanakan arahan dan SOP. Maka kerja yg sukar menjadi mudah. Malah timbul pelbagai idea dan kreativiti. Lihatlah bagaimana hands free sanitizer dibuat sendiri untuk setiap kelas dan lokasi menggunakan kos yang rendah tetapi cukup berkesan. Begitu juga tempat basuh tangan dan masalah meja kaki pendek dapat diselesaikan dengan cepat. Tentunya ada tenaga penggerak yang mantap yang efisien.
Inilah antara 'dream team' seorang GB akan cari. Memantapkan urus tadbir dan mengurangkan risiko gangguan isu. Ini adalah satu permulaan bagi kejayaan yang lebih besar di kemudian hari.

Gerbang Kualiti diberi nafas baru

Blog Gerbang Kualiti ini akan cuba dimurni dan dikemaskini serta diberi nafas baru setelah saya berhenti rehat. InshaAllah, saya akan menulis semula sebagai blogger di beberapa laman blogspot yang saya bina. Antaranya dalam blog Gerbang Kualiti yang sudah 4 tahun saya tinggalkan. Dulu blog ini menjadi laman blog PPD Maran sewaktu saya menjawat jawatan Pegawai Kualiti. Ia kini saya peribadikan sebagai blog personal saya untuk saya terus berkarya dan berkongsi dari aspek kepimpinan dan pengurusan. Namun catatan lama tidak saya padam kerana boleh jadi rujukan bagi beberapa perkara.

Blog ini akan diisi dengan catan dan pengalaman saya dalam menerajiu sekolah dan mengupas isu-isu pendidikan secara positif. Semoga ia memberi manfaat kepada semua.

Khamis, 6 Julai 2017

Kajian Tindakan

Pembudayaan Kajian Tindakan dalam kalangan warga pendidik telah dapat dilaksanakan secara meluas berdasarkan minat dan peningkatan berterusan bilangan guru dalam menjalankan Kajian Tindakan setiap tahun. Pada masa sekarang, Kajian Tindakan bukan sahaja dijalankan dalam konteks pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, tetapi ia juga digunakan untuk memperkukuhkan pengurusan di sekolah.
            Matlamat utama Kajian Tindakan adalah berdasarkan kepada satu hasrat iaitu untuk meningkatkan tahap profesionalisme dalam kalangan pentadbir dan guru di sekolah. Kajian Tindakan mempunyai dua unsur utama iaitu kajian dan tindakan. Oleh itu ia sangat sesuai diaplikasikan dalam konteks pendidikan kerana dua unsur utama ini seringkali dijalankan secara beriringan, iaitu tindakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan pendidikan; dan kajian dijalankan bagi mendapatkan bukti-bukti emperik yang dapat menyokong sesuatu tindakan yang dilaksanakan. Ia membolehkan pengamal iaitu para pendidik melalui proses inkuiri penemuan dengan mengkaji masalah-masalah secara saintifik supaya mereka boleh menilai, menambahbaik dan memantapkan proses membuat keputusan dan amalan.

Peranan dan sumbangan Kajian Tindakan dalam membantu menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi oleh pentadbir dan guru di sekolah tidak akan dipertikaikan. Ini adalah kerana dapatan kajian akan memberi impak yang positif kepada perubahan yang terancang dan kesannya akan menghasilkan apa yang dikehendaki agar matlamat pendidikan dapat direalisasikan. Kajian Tindakan diyakini dapat menonjolkan amalan terbaik dalam pengajaran, pembelajaran dan pengurusan sekolah. Sehubungan dengan itu, sewajarnya semua warga pendidik termasuk Pengetua, Guru Besar, dan guru-guru berperanan dalam membudayakan Kajian Tindakan di sekolah masing-masing.

Sabtu, 8 April 2017

Pelupusan Fail setelah mendapatkan kelulusan Arkib Negara



Ini adalah proses biasa bagi pelupusan rekod yang telah dibenarkan Arkib Negara. Kebiasaanya rekod ini di bakar. Pelaporan perlu dibuat dan dihantar semula ke Arkib Negara.
   Fail yang biasa diambil untuk disimpan oleh Arkib ialah fail berkaitan mesyuarat dan dokumen yang mempunyai nilai sejarah atau arahan penting.
    Adakah pejabat atau sekolah anda ada membuat pelupusan?

Isnin, 20 Mac 2017

Manual Pengguna SKPMg2 Secara Dalam Talian (Online)


Manual pengguna skp mg2 from jasmi jaafar

PENGISIAN SKPMg2

Sila login menggunakan USERID kodsekolah dan KATALALUAN 12345678
Cth: BBX0001 / 12345678


User '
PGB' tidak perlu diisi. Taip kod sekolah sahaja sebagai userID.

Sebaiknya jangan tukar katalaluan selepas login kali pertama, untuk semakan JNJK (reset).



Sila daftarkan Mata Pelajaran, Kelab/Persatuan, Badan Beruniform dan, Sukan dan Permainan dalam Paparan Pasukan Pelaksana Standard bagi tujuan pengisian pada Aspek 3.1.2, 3.2.2.1,3.2.3.1 dan 3.2.4.1

Pastikan nama PPS dimasukkan (buat masa ini hanya nama guru sahaja)