Rabu, 26 September 2012

Etika Berpakaian Guru dan Pegawai




PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 2 TAHUN 1985 (PAKAIAN MASA BEKERJA DAN SEMASA MENGHADIRI UPACARA-UPACARA RASMI BAGI PEGAWAI-PEGAWAI AWAM
PAKAIAN-PAKAIAN YANG DITETAPKAN PADA MASA BEKERJA)
Pakaian Lelaki
a)      Pegawai Kump. A dan B, "lounge suite" atau "bush-jacket" dengan bahan kain yang sesuai; atau seluar panjang dengan baju kemeja dan bertali leher; dan jika baju tersebut berlengan panjang, tangan baju hendaklah jangan dilipatkan.
b)      Bagi pegawai-pegawai dalam Kumpulan C dan D, seluar panjang beserta baju kemeja dengan warna yang sesuai; baju hendaklah dimasukkan ke dalam; jika baju tersebut berlengan panjang, tangan baju hendaklah jangan dilipatkan.
c)      Pakaian baju Melayu lengkap dengan bersamping; atau, pakaian baju yang mirip dengan potongan baju Melayu dan dipakai dengan seluar panjang; pakaian baju Melayu dengan kain sarong tidak dibenarkan.
d)      Pada hari Sabtu atau hari bekerja separuh hari, pegawai-pegawai awam yang tidak dikehendaki memakai pakaian seragam boleh memakai baju batik berlengan panjang atau pendek, dengan syarat baju batik yang dipakai Itu adalah buatan Malaysia.
e)      Kasut kulit atau lain-lain kasut yang sejenis dengannya. Capal boleh dipakai dengan pakaian baju Melayu yang lengkap dengan bersamping.
f)       Selipar, kasut getah dan kasut sukan tidak boleh dipakai semasa bekerja.

Pakaian Wanita
a)      Pakaian Kebangsaan atau pakaian kaum masing-masing yang sesuai dipakai semasa bekerja. "Jeans", "slacks", seluar pendek dan apa-apa pakaian yang menutup muka tidak boleh dipakai semasa bekerja.
b)      Selipar, cerpu atau yang sejenis dengannya yang mempunyai bentuk yang sesuai boleh dipakai dengan pakaian yang ditetapkan; kasut sukan tidak boleh dipakai semasa bekerja.

Pakaian Seragam (Lelaki dan Wanita)
Pakaian seragam hendaklah sentiasa dipakai semasa bekerja bagi mereka yang dibekalkan dengannya.

Pakaian batik (Lelaki dan Wanita)
a)      Pegawai-pegawai awam yang menyertai rombongan ke luar negeri atas urusan rasmi ataupun dengan anjuran jabatan masing-masing hendaklah pada masa, tempat dan upacara yang sesuai, dan jika dibenarkan, memakai batik buatan Malaysia. Pegawai-pegawai awam adalah juga digaIakkan memakai batik buatan Malaysia jika keadaan membenarkan apabila menyertai rombongan ke luar negeri dengan anjuran persatuan, pertubuhan atau koperasi masing-masing.
b)      Pegawai-pegawai awam yang menghadiri sesuatu upacara, perjumpaan atau mana-mana jemputan, jika ditetapkan memakai batik, hendaklah memakai batik buatan Malaysia.

Pakaian Lain (Lelaki dan Wanita)
     Pakaian-pakaian jenis lain termasuk jenis kasut, boleh dipakai oleh pegawai-pegawai awam semasa bekerja jika tugas-tugasnya memerlukan pakaian demikian dan dibenarkan oleh Ketua Jabatan masing-masing.

Pakaian Yang Menjolok Mata (Lelaki dan Wanita)
     Pegawai-pegawai awam tidak dibenarkan memakai pakaian yang menjolok mata.

PAKAIAN-PAKAIAN SEMASA MENGHADIRI UPACARA-UPACARA RASMI
1.   Pakaian Rasmi (Formal) Untuk Lelaki
a)      Seseorang pegawai awam, yang berhak memakai uniform ataupun dikehendaki memakai uniform yang khas, hendaklah memakai uniform tersebut apabila menghadiri.
b)      “Jeans" atau seluar pendek tidak boleh dipakai semasa bekerja.
c)  Kasut kulit atau lain-lain kasut yang sejenis dengannya. Capal boleh dipakai dengan pakaian baju Melayu yang lengkap dengan bersamping.
d)  Selipar, kasut getah dan kasut sukan tidak boleh dipakai semasa bekerja.
e)  Seseorang pegawai awam, yang berhak memakai uniform ataupun dikehendaki memakai uniform yang khas, hendaklah memakai uniform tersebut apabila menghadiri upacara-upacara rasmi. Sekiranya pegawai itu tidak mempunyai uniform, maka "lounge suit" bolehlah dipakai, kecuali jika peraturan pakaian khas ditetapkan.

2.  Pakaian Wanita
a)      Pakaian Kebangsaan atau pakaian kaum masing-masing yang sesuai dipakai semasa bekerja. "Jeans", "slacks", seluar pendek dan apa-apa pakaian yang menutup muka tidak boleh dipakai semasa bekerja.
b)      Selipar, cerpu atau yang sejenis dengannya yang mempunyai bentuk yang sesuai boleh dipakai dengan pakaian yang ditetapkan; kasut sukan tidak boleh dipakai semasa bekerja.

Pakaian Untuk Upacara Separuh Rasmi (Lelaki)
Untuk upacara-upacara separuh rasmi yang lain, seperti menghadiri upacara-upacara pembukaan seminar, adalah diputuskan bahawa bagi peringkat kebangsaan (national), di mana tidak ada perwakilan daripada luar negeri, maka pakaian waktu bertugas di pejabat seperti yang ditetapkan di dalam Pekeliling ini hendaklah dipakai. Untuk upacara-upacara peringkat antarabangsa (international), maka pakaian "lounge suit" hendaklah dipakai.

Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 1974 TELAH dibatalkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas ulasan anda.