Sabtu, 17 November 2012

Himpunan Guru Muda 1Malaysia Zon Timur Bersama YAB. Tan sri Dato' Hj. Muhyiddin bin Hj. Mohd. Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Merangkap Menteri Pelajaran Malaysia di SMK Padang Enggang, Kota Bahru Kelantan.

 
 
KOTA BHARU 8 Nov. - Guru Muda 1Malaysia (GM1M ) yang diilhamkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bakal menjadi pemangkin kepada guru muda dalam membantu melonjakkan transformasi pendidikan negara.
Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abd. Ghafar Mahmud berkata, melalui GM1M, para pendidik akan turut sama memainkan peranan penting dalam merealisasikan hasrat tersebut.
Selain itu, katanya, para pendidik muda ini juga akan menjadi pemangkin sekali gus dapat memberikan sumbangan kepada program transformasi negara.
"GM1M turut bertujuan mengukuhkan lagi profesion perguruan di negara ini di samping memberi tumpuan utama untuk membina negara bangsa dan mengukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.
"Idea GM1M adalah ilham Timbalan Perdana Menteri dan tercetus daripada hasrat beliau untuk mengumpulkan guru muda di Kementerian Pelajaran sekali gus membantu negara menjayakan program transformasi.
"Sesungguhnya para pendidik di negara ini memainkan peranan penting dalam membantu negara merealisasikan hasrat tersebut," katanya.
Beliau berucap dalam Majlis perasmian Perhimpunan Guru Muda 1Malaysia (GM1M) peringkat Zon Timur di Sekolah Menengah Kebangsaan ( SMK ) Padang Enggang di sini hari ini. - UTUSAN

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121108/dn_32/Guru-Muda-1Malaysia-lonjak-transformasi-pendidikan-negara#ixzz2CUdz2xAq
© Utusan Melayu (M) Bhd  

Semangat orang muda.

YAB Timbalan Perdana Menteri diberi sambutan meriah oleh guru-guru.

Turut sama hadir ialah Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

Sebahagian gerai pameran.

Cikgu Sahril (kanan sekali) bersama pasukan Inovasinya (SK Maran) turut membuat pameran inovasi mewakili JPN Pahang di perhimpunan tersebut.
Tujuan GM1M
  • Merapatkan barisan guru muda untuk bersama-sama Kementerian Pelajaran Malaysia dalam memaju dan melaksanakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025
Objektif GM1M
  1. GM1M menghayati bahawa sumbangan mereka sebagai penggerak dan pemacu keberhasilan PPPM amat diharapkan dan sangat dihargai kerajaan.
  2. GM1M menyedari bahawa sebagai peneraju masa depan pendidikan negara, mereka diberi peluang dan ruang oleh kerajaan untuk menyumbang idea, kreativiti, inovasi, bakat dan buah fikiran.
  3. GM1M menjiwai bahawa jasa dan bakti mereka memberi sumbangan kepada masyarakat adalah usaha mulia dan dihargai
UPQ, PPD Maran

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas ulasan anda.