Jumaat, 2 November 2012

Sistem Pengurusan Fail bagi Negeri Pahang akan berkuatkuasa 1 Disember 2012

Encik Jasmi sedang memberi penerangan kepada Pengetua dan Guru Besar Daerah Maran berkaitan Unit Pengurusan Kualiti dan Pengurusan Rekod/Fail.
Sistem Klasifikasi fail mengikut arkib negara bagi negeri Pahang, akan dikuatkuasakan mulai 1 Disember 2012.
     Rekod awam merupakan nadi kepada jentera pentadbiran kerajaan. Ia adalah sumber maklumat dan pengetahuan yang strategik. Fungsi dan peranan sesebuah Jabatan Kerajaan akan lumpuh tanpa pengurusan rekod yang berkesan dan efisien. Rekod dan maklumat rasmi yang dihasil dan sistematik agar ianya dapat digunakan pada bila-bila masa diperlukan. Ini adalah kerana rekod dan maklumat tersebut menjadi asas kepada akaunbiliti dan bahan bukti sesebuah Jabatan Kerajaan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya.
      Rekod merupakan elemen utama kepada Jabatan Kerajaan dalam melaksanakan tugas harian. Setiap kakitangan yang menjalankan tugas, pasti akan menghasilkan rekod dari masa ke semasa. Sesebuah Jabatan perlu mengamalkan sistem pengurusan rekod yang betul dan cekap. Justeru itu, sesebuah Jabatan perlu menyediakan klasifikasi fail dan Jadual Pelupusan Rekod yang betul bagi membolehkan rekod-rekod diuruskan dengan lebih baik dan teratur.
     Sekolah-sekolah daerah Maran khususnya dan Negeri Pahang amnya, diharapkan dapat meningkatkan dan menambahbaik sistem pengurusan fail dan rekod di sekolah masing-masing.

UPQ, PPD Maran

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas ulasan anda.