Semua sekolah dikehendaki melaporkan keperluan sekolah bagi sesi persekolahan 2013 kepada Jabatan Pelajaran Pahang dengan menggunakan aplikasi yang dinamakan Data Operasi Keperluan Sekolah (ePerlu)
Aplikasi ini memerlukan pihak sekolah mengisi maklumat secara atas talian yang boleh dicapai melalui alamat http://apps2.moe.gov.my/sekolahmalaysia . Pada paparan tersebut terdapat Aplikasi ePerlu dan Manual Pengguna untuk dijadikan panduan penggunaan. Sekolah perlu melalui login masuk aplikasi seperti berikut :
Login : Kod sekolah masing-masing (contoh : cba2012)
Password : sekolah
Sehubungan dengan itu, menjadi tanggungjawab Pengetua/Guru Besar memastikan maklumat yang diisi adalah tepat dan memberi gambaran status keperluan sekolah sebelum dilaporkan. Sesalinan "hardcopy" hendaklah dihantar ke Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Pahang ( U.P Haji Zaberi bin Abdul Hamid) sesegera mungkin.
PPD Maran
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas ulasan anda.