Jumaat, 18 Oktober 2013

ISU-ISU BERKAITAN PENGISIAN PKS-SKPM OLEH SEKOLAH

vKurang jelas/keliru antara SKPM 2003 (NKRA) dan SKPM 2010 (e-Nazir)
 
vAda pentadbir tidak tahu berkenaan pengisian SKPM kerana menyerahkan sepenuhnya kepada GPK atau guru lain untuk mengisi data/maklumat.
vPemberian skor tidak mematuhi deskripsi yang ditetapkan (tidak tepat).
vLebih sukajalan selamat & asalkan siap sahaja’ (tidak menilai mengikut kualiti sebenar tetapi hanya memenuhi arahan)
vAda sekolah yang tidak menubuhkan Jawatankuasa SKPM seperti arahan yang telah ditetapkan.
vTidak berani mengisi skor yang tinggi kerana bimbang diaudit & didatangi nazir.
vTerlalu berani beri skor yang tinggi sedangkan evidens, pembuktian dan dokumen tidak lengkap/wujud.
vPerbezaan ketara antara skor yang diberi sekolah dengan skor yang diberi oleh pihak nazir kerana pengisian oleh sekolah tidak melambangkan kualiti sebenar pengurusan sekolah.
vPengurusan maklumat bagi standard 3 (pengurusan Kurikulum, Ko-Ku & Sukan dan HEM ) kurang diberi perhatian dan kurang mantap. Dokumen berkaitan selalu kurang lengkap dan ada yang tidak dapat dikesan)
vStandard 4 iaitu melibatkan Pencerapan PdP kurang dilaksanakan dan kurang diberi penekanan sewajarnya oleh pengurusan sekolah.

UPQ, PPD Maran

Khamis, 17 Oktober 2013

Pemakluman Logo Baru JPN Pahang

Logo Baru JPNP
Pemakaian logo baru JPN Pahang ini adalah berkuatkuasa serta-merta. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Unit Perhubungan, JPNP.

UPQ, PPD Maran

Rabu, 16 Oktober 2013

Penarafan Kendiri sekolah menggunakan Instrumen Standard Kualiti Pendidikan Malaysia

 
Sebagaimana yang telah diumumkan oleh YAB Menteri Pendidikan pada 27 Jun 2012, mulai tahun 2013 Penarafan Kendiri Sekolah (PKS-SKPM) akan menggunakan instrument Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) 2010 sahaja. Sehubungan dengan itu, semua sekolah hendaklah melaksanakan proses pengisian skor melalui portal e-nazir (www.moe.gov.my/e-nazir).
     Perhatian perlu diberi kepada beberapa perubahan dalam deskripsi skor instrument SKPM 2010 pada tahun ini iaitu:
  1. Sisipan elemen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dalam aspek 3.1.5; 3.2.1 - 3.2.6 dan 4.3, 4.4, 4.8, 4.9
  2. Contoh Justifikasi skor 6
  3. Keselarasan dalam deskripsi skor 3 dan 5.
     Instrumen yang mengandungi perubahan ini boleh dimuat turun daripada Portal SKPM 2010 mulai 15 Oktober 2013. Sila rujuk Unit Pengurusan Kualiti, PPD Maran untuk maklumat lanjut.

 UPQ, PPD Maran

Selasa, 8 Oktober 2013

Lawatan PPD Maran dan Gabungan PK HEM Maran ke Kementerian Pendidikan Malaysia

Penolong Kanan HEM Daerah Maran telah mengadakan lawatan ke Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia di Putra Jaya. Lawatan di bawah Badan HEM Daerah Maran dan PPD Maran ini telah membuka sejarah baru buat mereka. Ini merupakan lawatan yang julung kali dilakukan oleh PPD Maran ke KPM.
     Pengarah Bahagian Sekolah Harian, KPM, Dato' Haji Mazlan bin Mohamad telah bersama ahli rombongan pada hari berkenaan. Beliau mengucapkan terima kasih di atas kunjungan PPD Maran (PK HEM) ke KPM, malah melahirkan rasa bangga dan terharu. Sebagai mantan Pengarah Pahang, beliau rasa gembira dengan kunjungan tersebut di samping dapat berbincang tentang peranan BPSH, KPM bersama guru-guru PK HEM Daerah Maran. Beliau telah memberikan peringatan berkenaan Program Sekolah Penyayang dan meminta sama-sama menjayakan.
     Ahli rombongan juga telah diberikan taklimat berkenaan Disiplin Pelajar oleh Pegawai dari Unit Kaunseing, KPM. Rombongan selanjutnya dapat melawat pejabat unit-unit yang terletak dalam Bahagian Pengurusan Sekolah Harian. Dalam masa yang sama, ahli rombongan dapat mempelajari amalan 5S yang diamalkan di pejabat tersebut.
 

Bergambar di hadapan Bangunan Kementerian Pendidikan Malaysia , Putra Jaya
Terima kasih KPM
 
Sempat bertemu Encik Saruchi di hadapan KPM
UPQ, PPD Maran

Penolong Kanan HEM Maran bermain golf di EDUGOLF

Sukan Golf biasanya dimainkan oleh golongan berkejaya, koprat atau elit. Agak kurang guru yang terlibat dalam permainan ini kerana dikatakan memerlukan kos yang tinggi dan masa permainan yang panjang.
     Rombongan PPD Maran di bawah Badan Penolong Kanan HEM Daerah Maran telah diberi peluang untuk mencuba permainan tersebut sewaktu lawatan ke Kuala Lumpur baru-baru ini. Permainan percuma  disediakan oleh EduGolf Training Centre untuk dinikmati oleh peserta rombongan. Para peserta juga diberi peluang untuk mencuba permainan golf secara maya (simulator). Edugolf Training Centre berada di bersebelahan Stadium Bukit Jalil, Seri Kembangan, Kuala Lumpur. 

Cubalah bermain di sini.
Sesi Taklimat oleh Pengetua Edugolf Training Centre.

Encik Amir mencuba "simulator golf'

Puan Aisyah juga tidak ketinggalan mencuba.

Encik Burhanuddin bersama pemilik Edugolf Training Centre.

UPQ, PPD Maran

Selasa, 1 Oktober 2013

UJIAN KOMPETENSI ICT KPM (PENTADBIR DAN GURU)


Ujian ini merupakan komponen di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Semua GURU dan PENTADBIR WAJIB menjawab semua soalan mengikut tempoh tarikh dan masa yang ditetapkan. 


UPQ, PPD Maran