Rabu, 21 November 2012

Pengisian Skor PKS-SKPM


 
PERINGATAN!!!
SEMUA SEKOLAH DIPOHON UNTUK MENGISI SKOR PKS-SKPM SEKOLAH BAGI TAHUN 2012

SEKOLAH RENDAH
  • Pengisian PKS-SKPM versi 2003 adalah MULAI 01 NOVEMBER 2012 HINGGA 26 DISEMBER 2012
  • Pengisian PKS-SKPM versi 2010 adalah MULAI 01 NOVEMBER 2012 HINGGA 15 JANUARI 2013
SEKOLAH MENENGAH
  • Pengisian PKS-SKPM versi 2003 adalah MULAI 01 NOVEMBER 2012 HINGGA 29 MAC 2013
  • Pengisian PKS-SKPM versi 2010 adalah MULAI 01 NOVEMBER 2012 HINGGA 12 APRIL 2013

 Kedua-dua versi perlu diisi. Sila rujuk halaman http://nkra.moe.gov.my   dan http://www.moe.gov.my/enazir
UPQ, PPD Maran

Dari Akhbar : UPSR, 3052 pelajar mendapat semua A . Naik 11%


KUANTAN - Seramai 3,052 calon peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Pahang mendapat semua A iaitu 5A dan 7A.  Pencapaian itu menunjukkan peningkatan sebanyak 11.30 peratus berbanding 2,977 tahun lalu iaitu bertambah seramai 52 murid.

Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Pahang, Rosdi Ismail berkata, pencapaian tahun ini secara keseluruhan menunjukkan peningkatan dalam setiap aspek.  Menurutnya, sebanyak 30 sekolah mencapai seratus peratus Menguasai Semua Mata Pelajaran (MSMP).

“Peningkatan MSMP UPSR tahun ini sebanyak 288 sekolah melibatkan 230 sekolah kebangsaan, 44 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan 14 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).

“Manakala pencapaian minimum sekurang-kurangnya gred C adalah sebanyak 19,152 atau 71.57 peratus,” katanya pada sidang media kepada pemberita sempena Pengumuman Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah 2012 Negeri Pahang, di Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Badak, di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Hashim Mohd Zayat dan Guru Besar SK Permatang Badak, Endun Sumin. Rosdi berkata, prestasi sekolah kurang murid di negeri ini juga menunjukkan pencapaian membanggakan apabila 195 sekolah mencatatkan keputusan cemerlang antaranya SK Teh, Jerantut dan SK Raub Indah.

Selain itu katanya, pencapaian calon sekolah di Felda juga tidak terkecuali dan seramai 452 calon mendapat 5A.

“Kita juga berbangga dengan prestasi sekolah Orang Asli iaitu SK Chini, Pekan yang berjaya mengekalkan pencapaian seratus peratus tiga tahun berturut-turut,” katanya.

Rosdi berkata, SK Permatang Badak menjadi sekolah paling ramai calon mendapat 5A di negeri ini iaitu seramai 44 calon daripada 190 calon yang menduduki UPSR tahun ini.


Untuk mendapatkan keputusan bagi sekolah-sekolah Daerah Maran 2011, anda boleh rujuk ke halaman blog http://skulujempul.blogspot.com/2012/11/analisa-tov-upsr-2013-sekolah-sekolah.html


UPQ, PPD Maran

Sabtu, 17 November 2012

Himpunan Guru Muda 1Malaysia Zon Timur Bersama YAB. Tan sri Dato' Hj. Muhyiddin bin Hj. Mohd. Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Merangkap Menteri Pelajaran Malaysia di SMK Padang Enggang, Kota Bahru Kelantan.

 
 
KOTA BHARU 8 Nov. - Guru Muda 1Malaysia (GM1M ) yang diilhamkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bakal menjadi pemangkin kepada guru muda dalam membantu melonjakkan transformasi pendidikan negara.
Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abd. Ghafar Mahmud berkata, melalui GM1M, para pendidik akan turut sama memainkan peranan penting dalam merealisasikan hasrat tersebut.
Selain itu, katanya, para pendidik muda ini juga akan menjadi pemangkin sekali gus dapat memberikan sumbangan kepada program transformasi negara.
"GM1M turut bertujuan mengukuhkan lagi profesion perguruan di negara ini di samping memberi tumpuan utama untuk membina negara bangsa dan mengukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.
"Idea GM1M adalah ilham Timbalan Perdana Menteri dan tercetus daripada hasrat beliau untuk mengumpulkan guru muda di Kementerian Pelajaran sekali gus membantu negara menjayakan program transformasi.
"Sesungguhnya para pendidik di negara ini memainkan peranan penting dalam membantu negara merealisasikan hasrat tersebut," katanya.
Beliau berucap dalam Majlis perasmian Perhimpunan Guru Muda 1Malaysia (GM1M) peringkat Zon Timur di Sekolah Menengah Kebangsaan ( SMK ) Padang Enggang di sini hari ini. - UTUSAN

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121108/dn_32/Guru-Muda-1Malaysia-lonjak-transformasi-pendidikan-negara#ixzz2CUdz2xAq
© Utusan Melayu (M) Bhd  

Semangat orang muda.

YAB Timbalan Perdana Menteri diberi sambutan meriah oleh guru-guru.

Turut sama hadir ialah Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

Sebahagian gerai pameran.

Cikgu Sahril (kanan sekali) bersama pasukan Inovasinya (SK Maran) turut membuat pameran inovasi mewakili JPN Pahang di perhimpunan tersebut.
Tujuan GM1M
  • Merapatkan barisan guru muda untuk bersama-sama Kementerian Pelajaran Malaysia dalam memaju dan melaksanakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025
Objektif GM1M
  1. GM1M menghayati bahawa sumbangan mereka sebagai penggerak dan pemacu keberhasilan PPPM amat diharapkan dan sangat dihargai kerajaan.
  2. GM1M menyedari bahawa sebagai peneraju masa depan pendidikan negara, mereka diberi peluang dan ruang oleh kerajaan untuk menyumbang idea, kreativiti, inovasi, bakat dan buah fikiran.
  3. GM1M menjiwai bahawa jasa dan bakti mereka memberi sumbangan kepada masyarakat adalah usaha mulia dan dihargai
UPQ, PPD Maran

Isnin, 12 November 2012

Hari Inovasi JPN Pahang 2012

Hari Inovatif Jabatan Pelajaran Pahang akan diadakan pada 12 Disember 2012, bertempat di Dewan IKIP, Kubang Buaya, Kuantan, Pahang. Majlis yang akan menampilkan anugerah-anugerah inovatif berasaskan kreativiti dan inovatif warga kerja JPN Pahang. Ianya juga meliputi budaya inovatif yang diamalkan di JPN Pahang dan semua Pejabat Pelajaran Daerah seluruh negeri Pahang.
     Beberapa anugerah telahpun dicadangkan untuk diberi penghargaan kepada budaya kreatif dan inovatif yang diamalkan oleh waraga kerja pendidikan. Justeru itu, penilaian dibuat bagi melihat budaya kerja yang baik dan memberi manfaat kepada organisasi agar kualiti pendidikan di pertingkatkaan. Antara anugerah yang akan dinilai iaitu:
  1. Anugerah Inovasi Pengarah Pelajaran Pahang.
    • Pengiktirafan kepada Sektor/Unit/PPD yang melaksanakn amalan, bahan serta perkhidmatan yang inovatif bagi
      • Kategori Pengurusan
      • Kategori Teknikal
      • Hadiah Wang Tunai + Plak +Sijil 
      •  
  2. Anugerah Persekitaran Berkualiti (5S).
    • Pengiktirafan kepada Sektor/Unit di JPN Pahang dan PPD seluruh Pahang yang dinilai melaksanakan amalan persekitaran berkualiti 5S dengan cemerlang.
    • 3 tempat terbaik.
    • wang tunai + plak + sijil
    •  
  3. Anugerah Inovasi P&P.
    • Pengiktirafan kepada pegawai/staf sokongan/ guru yang telah menghasilkan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran sepanjang 2012.
    • Plak + Sijil
    •  
  4. Penyampaian anugerah Personel Inovatif & Kreatif.
    • pengiktirafan kepada 10 orang pegawai/staf sokongan yang telah menghasilkan inovasi sepanjang 2012.
    • Plak + Sijil
    •  
  5. Anugerah Komunikasi Inovatif.
    • Pengiktirafan kepada Sektor/Unit/PPD yang melaksanakan sistem penyampaian komunikasi inovatif.
      • Pembangunan Laman Web
      • Wang tunai + Plak + Sijil
      •  
  6. Sijil Sedekad Perkhidmatan
    • Pengiktirafan kepada pegawai/Staf sokongan yang telah lama berkhidmatan di JPN Pahang tanpa terputus perkhidmatan.
    • Plak + Sijil
Bersamalah kita meningkatkan sistem pengurusan organisasi dan meningkatkan kualiti dan kecemerlangan seiring budaya yang kreatif dan inovatif.
     
 
 
UPQ, PPD Maran

Selasa, 6 November 2012

EDUWEBTV : Drama Miracle Finger di SK Maran

Rakaman dibuat di dalam kelas.
Satu rakaman video telah diadakan oleh Bahagian teknologi Pendidikan berkaitan hasilan inovasi "Miracle Finger" oleh guru-guru SK Maran. Inovasi Matematik ini adalah membantu para pelajar dalam topik pengiraan terutama darab dengan mudah, pantas dan menyeronokkan. Cikgu Sahril antara guru yang mengetuai projek ini dalam memastikan inovasi P&P membantu pelajar. Tahniah diucapkan. Semoga usaha murni ini memberi impak yang besar kepada para pelajar dan warga sekolah.



UPQ, PPD Maran

Pengumpulan Data Operasi Keperluan Sekolah (ePerlu) - Tindakan Segera



Semua sekolah dikehendaki melaporkan keperluan sekolah bagi sesi persekolahan 2013 kepada Jabatan Pelajaran Pahang dengan menggunakan aplikasi yang dinamakan Data Operasi Keperluan Sekolah (ePerlu)
     Aplikasi ini memerlukan pihak sekolah mengisi maklumat secara atas talian yang boleh dicapai melalui alamat http://apps2.moe.gov.my/sekolahmalaysia . Pada paparan tersebut terdapat Aplikasi ePerlu dan Manual Pengguna untuk dijadikan panduan penggunaan. Sekolah perlu melalui login masuk aplikasi seperti berikut :
     Login : Kod sekolah masing-masing (contoh : cba2012)
     Password : sekolah
Sehubungan dengan itu, menjadi tanggungjawab Pengetua/Guru Besar memastikan maklumat yang diisi adalah tepat dan memberi gambaran status keperluan sekolah sebelum dilaporkan. Sesalinan "hardcopy" hendaklah dihantar ke Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Pahang  ( U.P Haji Zaberi bin Abdul Hamid) sesegera mungkin.

PPD Maran

Isnin, 5 November 2012

EDUWEBTV Membantu Anda

http://www.eduwebtv.com
EDUWEBTV merupakan portal pendidikan interaktif berasaskan video yang boleh digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).
     EDUWEBTV telah dibangunkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sebagai satu wadah "Pendidikan Digital untuk Semua". Pembangunan EDUWEBTV membolehkan sistem penghantaran program pendidikan untuk guru-guru dan murid-murid menjadi lebih baik serta mampu mewujudkan lebih banyak lagi sekolah yang bertaraf Bestari. EDUWEBTV juga merupakan satu usaha untuk mengurangkan jurang digital antara bandar, luar bandar, pendalaman dan juga hilir bandar.
     EDUWEBTV mempunyai saluran-saluran tertentu yang mempunyai fokus dan matlamat yang berbeza. Terdapat tujuh saluran dalam Portal EDUWEBTV seperti saluran Berita, Akademik, Rencana, Wawancara, TV Pendidikan, Interaktif dan Siaran Langsung.
 
UPQ, PPD Maran

Ahad, 4 November 2012

Dasar Kualiti PPD Maran


Dasar Kualiti ini perlu diketahui,difahami dan diamalkan oleh semua warga PPD Maran dalam perlaksanaan tugas seharian. Ianya juga adalah termaktub dalam dasar MS ISO 9001:2008 PPD Maran. Dasar ini juga diamalkan di semua PPD dan JPN seluruh Malaysia dan Kementerian Pelajaran Malaysia.


UPQ, PPD Maran

Jumaat, 2 November 2012

Pembukaan Fail

Pembukaan Fail meliputi aktiviti pembukaan fail baru, fail sementara, memasukkan kandungan, mencatatkan butiran di kertas minit, dan mengawal pergerakan fail.
Pembantu Tadbir sedang membuat proses penggunaan fail di pejabat. - Gambar hiasan.
 
     Fail dibuka apabila:
  1. Fail yang diperlukan belum ada;
  2. Fail asal ditutup dan bersambung pada kulit fail jilid baharu;
  3. Fail asal tidak dapat dikesan;
  4. Fail asal didapati rosak dan perlu diganti dengan kulit baru;
  5. Perubahan pentadbiran sesuatu pejabat awam; dan
  6. Skima klasifikasi fail dirombak atau bertukar kepada klasifikasi yang baharu.
Surat dan dokumen yang diwujudkan atau diterima hendaklah dikandung dengan segera ke dalam fail yang betul supaya ianya mudah dikawal, dikesan dan diambil tindakan. Sebelum fail baharu dibuka, semak rujukan tuan atau baca isi kandungan surat atau semak klasifikasi fail. Sekiranya fail berkenaan telah ada, kandungan surat atau dokumen tersebut ke dalamnya.Sekiranya fail berkenaan belum ada, fail baharu hendaklah dibuka.

(Sumber Rujukan : Klasifikasi Fail Sekolah-sekolah Pahang)

Sistem Pengurusan Fail bagi Negeri Pahang akan berkuatkuasa 1 Disember 2012

Encik Jasmi sedang memberi penerangan kepada Pengetua dan Guru Besar Daerah Maran berkaitan Unit Pengurusan Kualiti dan Pengurusan Rekod/Fail.
Sistem Klasifikasi fail mengikut arkib negara bagi negeri Pahang, akan dikuatkuasakan mulai 1 Disember 2012.
     Rekod awam merupakan nadi kepada jentera pentadbiran kerajaan. Ia adalah sumber maklumat dan pengetahuan yang strategik. Fungsi dan peranan sesebuah Jabatan Kerajaan akan lumpuh tanpa pengurusan rekod yang berkesan dan efisien. Rekod dan maklumat rasmi yang dihasil dan sistematik agar ianya dapat digunakan pada bila-bila masa diperlukan. Ini adalah kerana rekod dan maklumat tersebut menjadi asas kepada akaunbiliti dan bahan bukti sesebuah Jabatan Kerajaan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya.
      Rekod merupakan elemen utama kepada Jabatan Kerajaan dalam melaksanakan tugas harian. Setiap kakitangan yang menjalankan tugas, pasti akan menghasilkan rekod dari masa ke semasa. Sesebuah Jabatan perlu mengamalkan sistem pengurusan rekod yang betul dan cekap. Justeru itu, sesebuah Jabatan perlu menyediakan klasifikasi fail dan Jadual Pelupusan Rekod yang betul bagi membolehkan rekod-rekod diuruskan dengan lebih baik dan teratur.
     Sekolah-sekolah daerah Maran khususnya dan Negeri Pahang amnya, diharapkan dapat meningkatkan dan menambahbaik sistem pengurusan fail dan rekod di sekolah masing-masing.

UPQ, PPD Maran

Khamis, 1 November 2012

Terima kasih atas sumbangan yang diberi

Cik Hidayah binti Yusof menerima cenderahati daripada Tuan PPD Maran

 
Terima kasih Encik Azmi bin Jasri yang menyumbangkan bakti kepada PPD Maran
Pejabat Pelajaran Daerah Maran mengucapakan terima kasih kepada dua orang pelajar praktikum, UUM yang telah memberi sumbangan kepada PPD sepanjang latihan mereka di PPD Maran (Julai-Oktober). Mereka merupakan pelajar Universiti Utara Malaysia di bibang Sains Pemutusan yang berada di tahun terakhir.
 
UPQ, PPD Maran

Aspirasi Pendidikan Maran 2013

Tuan PPD Maran, En Baharum bin Hj Samat sedang menyampaikan taklimat kepada Pengetua-pengetua dan Guru Besar-Guru Besar Daerah Maran di Hotel Brisdale, Kuala Lumpur
 
Encik Baharum bin Hj Samat telah menetapkan aspirasi pendidikan daerah Maran untuk dimurni dan digerakkan bersama bagi memantapkan kualiti pendidikan di daerah Maran berteraskan aspirasi negara. Mesyuarat Pengurusan Pengetua dan Guru Besar sekolah-sekolah Daerah Maran 2012 yang diadakan di Kuala Lumpur pada 31 Oktober hingga 2 November 2012, menjadi titik tolak hala tuju dan kepimpinan pendidikan 2013 selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.
 




       Berusaha menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa
       Memastikan setiap murid profisien (mahir) dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
       Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayatinilai
       Meningkatkan keupayaan guru dalam pengajaran
       Memiliki dan mengurus kepimpinan berprestasi tinggi
       Bertindak sebagai penyelesai masalah berasaskan keperluan
       Memiliki dan memanfaatkan ICT untuk kualiti pendidikan
       Kebolehan dan keupayaan dalam penyampaian pendidikan
       Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta



UPQ, PPD Maran