Selasa, 23 Oktober 2012

Klasifikasi Fail Sekolah-sekolah Pahang

Buku Modul Sistem Fail Sekolah-sekolah Pahang
Modul Sistem Fail atau Klasifikasi Fail Sekolah-sekolah Pahang telah disemak dan diperakukan oleh Jawatankuasa Pengharmonian Klasifikasi Fail Arkib Negara Malaysia. Klasifikasi fail ini boleh diguna pakai dan dilaksanakan di semua sekolah di negeri Pahang.
    Bagi memastikan fail/rekod dapat diurus secara berkesan, pihak sekolah diharapkan dapat menyediakan;
  1. Manual Klasifikasi Fail
  2. Jadual Pelupusan Rekod (JPR)
    Sekolah-sekolah di Pahang dikehendaki melaksanakan Prosedur Sistem Fail berkuatkuasa 1 Disember 2012. Sila rujuk arahan JPNP di JPNP.SKPP.01.100-6/1/(43). Sila hubungi PPD untuk lebih makluman. Satu Taklimat akan disampaikan kepada semua Ketua Pembantu Tadbir dan Pembantu Tadbir di seluruh daerah di Negeri Pahang. Bagi Daerah Maran, Taklimat Klasifikasi Fail ini akan diadakan pada 2 November 2012 di Bilik seminar, PPD Maran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas ulasan anda.