Selasa, 9 Oktober 2012

Sekitar Majlis Mesra Anak Yatim Sekolah-sekolah Menengah dan Rendah Dalam Parlimen Maran 2012

Majlis ini telah berlangsung pada 5 Oktober 2012 di Dewan Jubli Perak, Sultan Haji Ahmad Shah, dengan kehadiran Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, YB Dr. Mohd Puad bin Zarkashi, PIS.     
 
        Seramai 942 orang anak yatim menerima sumbangan daripada Ahli Parlimen Maran, terdiri daripada 363 orang anak yatim dari sekolah rendah, 540 orang anak yatim dari sekolah menengah dan selebihnya dari sekolah menengah agama bantuan negeri. Tahniah di atas kecemerlangan majlis tersebut.
 
Gambar 1 : YB. Dr. Mohd Puad bin Zakarshi, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim Parlimen Maran.


Gambar 2 : seramai 942 orang anak yatim sekolah menengah dan rendah Parlimen Maran menerima sumbangan yang disalurkan oleh YB. Ahli Parlimen Maran, Dato' Haji Ismail bin Haji Muttalib.

Gambar 3 : Para pelajar begitu gembira dan bersyukur menerima sumbangan tersebut.

Gambar 4 : Kehadiran YB. Dr Mohd Puad bin Zarkashi, amat dinanti oleh warga pendidikan Maran.

Gambar 4 : Dif Kehormat dan jemputan bergambar sebagai menandakan kesyukuran atas rahmat yang diberi.

Gambar 6 : Pemberian sumbangan kepada anak yatim ini merupakan perhatian sepenuhnya oleh kerajaan dan pemimpin kepada anak-anak yatim.

Gambar 6 : Urusetia dan jawatankuasa bergambar kenangan dengan YB. Dr. Mohd Puad bin Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas ulasan anda.