Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Pahang telah berkunjung ke Pejabat Pendidikan Daerah Maran dalam sesi Audit Susulan MS ISO dan Amalan 5S. Kunjungan dan auditan ini adalah bagi tujuan menilai kembali sejauhmana tindak ikut dibuat berdasarkan maklumbalas Audit Dalam ISO dan Pemantauan 5S tempohari.
Mereka diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah SJQ, JPNP Tuan Haji Zaberi bin Abdul Hamid; Pengurus Kualiti Pahang, Tuan Haji Mansor bin Haji Pendek; Penolong Pengarah SJQ, Encik Mohamad Sabri bin Othman dan dua orang Pembantu Tadbir dari JPN Pahang. Sesi Maklumbalas dilaksanakan melibatkan semua pegawai dan staf sokongan PPD Maran.
Bagi Audit Susulan ISO, PPD Maran bersyukur kerana pada tahun ini tiada NCR dikenakan. Namun begitu beberapa cadangan penambahbaikan telah dikenalpasti dan dibuat tindakan susulan sama ada bebentuk pencegahan atau penambahbaikan.
Dalam proses Amalan 5S, PPD Maran juga sudahpun bersedia malah telah melaksanakan amalan ini sejak 2011lagi. Namun begitu, penambahbaikan juga perlu dilaksanakan bagi memantapkan amalan tersebut di kalangan para pegawai dan staf. Memandangkan akan adanya Persijilan 5S oleh pihak MAMPU tidak lama lagi, PPD Maran sedang bersedia memantapkan perlaksanaan amalan 5S dalam memberi perkhidmatan yang cekap, berkesan dan efisyen. JPN Pahang sendiri telah melihat bahawa PPD Maran sudah melepasi tahap untuk menjadikan PPD Maran yang mengamalkan 5S dengan baik malah boleh mencapai kriteria Persijilan 5S.
Tuan Haji Zaberi disambut oleh Tuan Haji Mohd Rodzik, Timbalan PPD Maran. |
Sesi Taklimat dan Maklumbalas MS ISO dan Amalan 5S |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas ulasan anda.