Jumaat, 20 September 2013

Selamat Bersara Ustaz Satar, Penyelia Pendidikan Islam PPD Maran

Ustaz Md Satar bin Majid
Ustaz Md Satar bin Majid akan bersara wajib pada 23 September 2013. Beliau mula menjawat jawatan Penyelia Pendidikan Islam DG32 di PPD Maran pada tahun 2010 setelah berkhidmat sebagai Penolong Kanan di sebuah sekolah di daerah Bera. Seorang yang rajin  dan komitmen pada kerjanya dan mesra dengan semua kakitangan PPD Maran. Suatu perkara yang sentiasa menarik perhatian rakan ialah beliau selalu menyampaikan tazkirah menggunakan pendekatan persembahan multimedia yang menarik.
     Warga PPD Maran merasakan kehilangan seorang pegawai yang komited dan rajin seperti beliau. Walaupun pergerakan beliau agak terbatas setelah mengalami penyakit sendi beberapa tahun lepas, namun beliau tidak pernah mengalah dan sentiasa bersabar. Mendekati beliau, memberi rasa keakraban dan kemesraan kerana beliau sering bercerita akan kisah kehidupan. Jangan tidak percaya, beliau sendiri pernah menjejakkan kaki di puncak Kinabalu pada tahun 1997 yang lalu sewaktu berkhidmat di Sabah. Kisah beliau di Sabah selalu menjadi bahan cerita dan lawak beliau bersama rakan-rakan.
     Di pejabat, beliau antara pegawai yang sentiasa rajin melakukan kerja yang diamanahkan. Beliau sentiasa mencari idea-idea baru terutama dalam tugasnya. Faktor kesihatan bukan penghalang kepada tugasan beliau selaku penyelia pendidikan Islam.
    Selepas bersara, beliau akan terus menyumbangkan bakti kepada agama , bangasa dan Negara. Beliau akan menetap di Bera untuk terus bersama keluarga beliau di sana. Kebetulan juga Isteri beliau juga baru bersara 5 bulan yang lepas.Semoga beliau sentiasa diberi kekuatan dan terus berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

UPQ, PPD Maran

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas ulasan anda.