Jumaat, 6 September 2013

Peluasan Amalan 5S ke semua Pejabat Sekolah-sekolah Daerah Maran

Setelah kejayaan amalan 5S di PPD Maran, maka perluasan amalan ini telah digerakkan ke sekolah-sekolah daerah Maran. Namun begitu, buat permulaannya hanya Pejabat Sekolah yang akan melaksanakannya. Taklimat telahpun diberikan kepada semua Pembantu Tadbir dan Pembantu Am Pejabat untuk melaksanakan amalan 5S.
     Pejabat sekolah amat sesuai dilaksanakan amalan 5S ini adalah kerana ;
  1. Merupakan kawasan perhubungan antara sekolah dan pelanggannya. Sebagai 'muka pintu' bagi sekolah, seharusnya pejabat berada dalam keadaan kondusif, efisyen, cekap dan ceria.
  2. Melibatkan pusat pengumpulan dokumen seperti fail, rekod, dan surat menyurat.
  3. Menjadi pusat dan nadi kepada pengurusan sekolah.
  4. Sentiasa dilawati oleh para pegawai, nazir, ibu bapa dan para pelanggan yang berurusan.
  5. mempunyai ruang-ruang tertentu yang perlu digunakan secara optimum.
Besarlah harapan PPD Maran untuk melihat semua sekolah di daerah Maran melaksanakan amalan 5S ini bagi penambahbaikan perkhidmatan. Selain keceriaan, banyak fungsi 5S yang membantu kepada kecekapan pengurusan dan perkhidmatan. Maklumat dan data yang disimpan dalam rekod atau fail akan mudah dicari dan diakses apabila diperlukan. Fail yang telah mengikut arkib akan lebih membantu kepada pengurusan fail yang berkesan. Kerja yang kemas dan tersusun akan memberi gambaran kepada kecekapan pengurusan.
     Pengurusan dokumen, maklumat dan data amat penting sebagai eviden atau pembuktian perlaksanaan aktiviti sekolah. Pengetua/Guru Besar, Penolong-penolong Kanan dan staf sekolah perlu memastikan dokumen disimpan dengan baik, mudah dicapai dan dicari serta disusun dengan rapi dan menarik. Kerja yang kemas mampu menghasilkan kualiti pengurusan yang baik malah akan memberi kesan kepada semua.
    

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas ulasan anda.