Dalam arus pembangunan dan transformasi Negara, kita sering mendengar tentang bebanan tugas dan komitmen kerja dalam mendepani arus perubahan. Kita selalu mendengar pelbagai aduan dan kritikan dari pelbagai pihak terutama dengan pelanggan yang berurusan dengan kita. Kita juga sering merintih dengan nasib kita dalam menghadapi cabaran global dan ekonomi malah sering tertanya-yanya arah tuju kita.
Mematangkan fikiran dan positif dalam setiap tindakan kita serta bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan kepada kita, merupakan kunci kepada komitmen kerja kita. Kemahiran dan potensi diri kita semakin berkembang dari masa ke semasa. Kita akan semakin mahir dan tahu apa yang kan kita laksanakan walaupun kemungkinan apa yang kita hasilkan tidak menepati kehendak individu atau pengurusan. Apa yang penting, kita menjalankan tanggungjawab kita kerana keikhlasan kepada Allah.
Untuk menjadi mahir, tentulah kita mengharapkan menjadi pekerja yang baik dan bertanggungjawab serta dapat mencapai satu kepuasan. Biarlah kita menjadi pekerja yang mahir yang boleh memberi manfaat kepada diri, organisasi dan orang yang berada di sekeliling kita. Menjadi seorang yang mahir, kita perlu;
- Berilmu
- Berpengalaman
- Berinovasi dan kreatif
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas ulasan anda.