Isnin, 2 September 2013

Dashboard Prestasi KPM

Contoh Paparan "Dashboard Prestasi KPM" bagi daerah Maran bertarikh 2 September 2013

Dashboard atau Papan Pemuka Prestasi Kementerian Pendidikan Malaysia telah dihasilkan selaras perkembangan dan transformasi Pendidikan semasa yang berkehendakan data dan maklumat yang tepat dan sentiasa dinilai dan dipantau setiap masa.
     Pihak KPM boleh melihat dan membuat pemantauan terhadap semua prestasi sekolah di seluruh Malaysia dengan bersumberkan aplikasi dashboard ini. Antara perkara penting dalam penggunaan dashboard ini ialah 5 elemen penilaian iaitu ;
  1. Kedatangan murid ke sekolah
  2. Keberadaan guru di sekolah.
  3. Disiplin murid
  4. Prestasi PdP Guru - Standard 4
  5. Kepimpinan Pengetua/Guru Besar - Standard 1
Sekolah perlu mengisi maklumat berkenaan sekolah setiap hari bekerja. Pihak KPM akan melihat perkembangan yang berlaku, manakala JPN dan PPD diminta memantau dan memastikan setiap data lengkap dan mencapai tahap yang dikehendaki. Tindakan susulan oleh pihak PPD ialah menghubungi sekolah untuk mengemaskini data dan mengambil tindakan yang proaktif.


     Setiap item mempunyai penanda arasnya tersendiri. Sekiranya maklumat tidak lengkap dan tidak mencapai tahap yang baik, maka dashboard akan memaparkan maklumat/data dalam warna merah. Sekiranya selesai atau mencapai tahap baik, maka warna data adalah hijau.
     Oleh yang demikian, peranan Setiausaha Dashboard Sekolah amat penting dan Pengetua atau Guru Besar perlu memastikan maklumat/ data adalah lengkap dan berada di tahap yang baik.

 UPQ, PPD Maran

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas ulasan anda.